Monday, May 30, 2005
Bisikan Hati
Bisikan Hati“ Tertanya hati kecil ini, apakah jalan yg ku lalui ini sama seperti yg dilalui oleh mereka yg terlebih dahulu sebelum aku. Ibu, ayah, abang, kakak pernahkah mereka mengalami apa aku alami sekarang? Bukankah mereka yg terlebih dahulu makan asam garam sebelum aku? Tapi mengapa mereka bagai tidak mengerti apa yg aku lalui? Atau mereka sengaja tidak endah dan ambil peduli?
Aku cuba bangun di kaki sendiri dan mula mengenal erti ‘berdikari’. Namun perkenalan aku bersama ‘berdikari’ ada saja yg menentang. Aku sering jatuh tika cuba mula berjinak ingin berjuang. Berjuang untuk meniti kehidupan sebagai insan yg sempurna. Kecewa dan kecundang pula menjadi teman setia. Kegagalan menimpa bersilih ganti, bertali arus tiada henti. Aku gigihkan diri menepis segala ilusi.
Aku tetap berjuang. Aku redha kerana mungkin inilah penebus dosa. Namun kejayaan masih belum aku miliki. Aku dicuba dan diduga tiada akhirnya. Beban dipikul memberatkan langkah aku. Aku terumbang ambing dengan gelora kehidupan, hanyut dek gelodak perasaan. Impian aku terdampar, harapan aku hambar. Secebis kebahagiaan aku pinta, selautan lara pula yg menanti.
Aku berontak membela diri. Aku beranikan diri mengejar impi. Hingga melanggar hukum hakiki. Hingga tergadai harga diri.Walau segalanya aku korbankan, mengapakah kebahagiaan belum aku miliki? Apakah jalan hidup aku tertulis sebegini? Aku masih tidak mengerti. Hebat sungguh ujianmu Illahi.
Ya Allah, tuhan yg telah menciptakan bulan bagi menyinari malam yg gelita, sinarilah hati kami dgn nur iman dan islammu. Ya Allah, tuhan maha berkuasa menjadikan langit tanpa bertiang pada bumi, berilah kami kekuatan dan kesabaran hadapi ujianmu. Ya Allah, tuhan yg menjadikan awan bagi memayungi kami dari terik matahari, lindungilah kami dari segala kemaksiatan dan kemungkaran yg tidak diredhaimu. Ya Allah, yg maha melihat, kasihanilah kami. Yg maha mendengar, dengarlah rintihan dan rayuan kami. Yg maha pengasih lagi penyayang, kabulkanlah doa dan hajat kami. Yg maha berkhendak terimalah ibadah kami. Amin ya rabbal alamin.”
*Bisikan hati cuba mencerminkan akan apa yg sering terbisik dalam hati. Kita sering tertanya-tanya apakah ada orang yg mengerti apa yg kita rasai atau kita hidup bermandiri... Bisikan Hati berkisarkan seorg insan yg cuba bangun tegak berdiri setelah jatuh berkali-kali dek rintangan yg sering menghalangi... Seorg insan yg cuba keluar dari likaran hidup hitamnya, namun keikhlasannya demi kebaikan sering tercabar dan teruji... Hidup adalah satu perjalanan yg amat berliku sekali buatnya...
Riwayat wirakelana
7:50 PM

Tuesday, May 17, 2005
Sahabat
SAHABAT
Dalam dunia ini
Kita tidak punya sesiapa
Kecuali diri sendiri
Tetapi dalam kita bersendirian
Kita beruntung mempunyai seorang sahabat
Yang memahami kita
Sebagaimana kita mengharapkan
Keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat
Begitulah juga dia
Namun kita sering terlupa akan hal itu
Cuma mengambil kira harapan dan perasaan kita
Kita rasa dikhianati
Apabila dia tidak menepati janjinya
Kita tidak memberi dia peluang menerangkan keadaannya
Bagi kita, itu alasannya menutup kesilapan dan membela diri
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
Kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati
Kita beri beribu alasan
Memaksa dia menerima alasan kita
Waktu itu terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa
Tetapi kita sering terlupa
Untungnya mempunyai seorang sahabat
Yang sentiasa memahami
Yang selalu berada di sisi
Pada waktu kita memerlukannya
Dia mendengar luahan perasaan kita
Segala rasa kecewa dan ketakutan
Harapan dan impian juga kita luahkan
Dia memberi jalan
Sebagai laluan penyelesaian masalah
Selalunya kita terlalu asyik
Menceritakan tentang diri kita
Hingga kadang-kadang kita terlupa
Sahabat kita juga ada cerita
Yang ingin dikongsi bersama kita
Pernahkah kita memberi dia peluang
Menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia
Sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannyasepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar dia tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa Dia juga ada kelemahan
Memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan
Jadikah kita sahabatnya itu?
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan kesengsaraan..!
* Coretan ini dikongsi oleh seorang teman yg penulisnya tidak diketahui... I like this coretan bcoz it really reflects how at times we take people who are very close to us for granted.
Riwayat wirakelana
10:56 AM

Kekasihku Di Menara
KEKASIHKU DI MENARA
Hampir sedasawarsa yang lalu kaulah penyeri taman hati
Insan kukasihi sepenuh hati
Insan kusayangi tanpa ragu di sanubari
Lantas atas dasar sebuah keyakinan
Terhadap sebuah ungkapan kalimah cinta
Maka segala pengorbanan tak kenal nilai pertaruhannya
Segalanya sanggup kuserahkan
Demi hebatnya takhtah sebuah pengertian di antara dua insan
Pelbagai ujian kesetiaan kutempuhi
Rencaman keraguan di hati ku tetap redahi
Kesilapan dan kesalahan kita saling memaafi
Kau tetap kupertahankan
Demi unggulnya sebuah percintaan
Dilalui penuh tegar menguji kecekalan
Kerana kuyakin aku takkan kau persiakan
Sebagaimana ku juga yakin kau takkan kupersendakan
Pernahkah engkau fikirkan?
Pernahkah engkau termangu seketika mengenang pengorbanan?
Bukan niatku mengungkit bangkit
Sekadar menagih pengertian rasa hatiku yang cukup sakit
Kini kau hadir lagi…
Tetapi kali ini bukan sebagai penyeri taman hati..
Ku tak menyangka hadirmu di sisi
Mampu menggugat sebuah keyakinan diri
Yang telah kugagahi dengan kasih sayang sejati milik Ilahi
Ku tak mengerti
Mengapa kali ini
Bersama nan indah pedati
Kau cerobohi taman hati ini
Yang kian lama kubajai sendiri rona-rona bunga keyakinan diri
Kau cerobohi taman hatiku ia dengan tanganmu berbekal belati
Menghiris tajam dari belakang tanpa kusedari
Mengapa tergamak kau buatku begitu, wahai insan yang pernah kukasihi
Pernahkah terfikir olehmu penderitaan yang kutanggung sendiri selama ini
Tangis senduku seorang diri
Pernahkah terfikir di benakmu betapa hebatnya penderitaan kuhadapi
Dalam mencari penawar ketenangan di hati
Pernahkah terbisik di hati nuranimu wahai insan yang pernah kukagumi
Betapa perihnya meniti hidup seorang diri
Sedangkan racun kenangan lalu masih menguasai naluri
Kian jiwa raga ini hampir mati
Tak berfungsi
Wahai insan yang pernah kucinta
Aku hanya insan biasa
Yang menyandarkan cinta hanya kepada Pemiliknya
Aku bersyukur kau kian bahagia
Apatah lagi, kini kau berada di menara
Di sisimu si dia
Sedangkan aku tersenyum dalam derita
Memori hitam masih kuat membelenggu minda
Andai kau hadir, kau tetap kuanggap teman
Namun janganlah kau melukakan
Kerana dalam aku mengumpulkan kekuatan
Untuk berhadapan dengan sebuah kenangan
Aku masih seorang insan yang mempunyai perasaan
Bukan egoku yang berkata
Tetapi sanubari ini yang berbicara tanpa suara
Bahawa aku hanyalah seorang lelaki biasa…punyai getaran rasa
Aku ternyata hanya lelaki biasa…punyai rasa terluka
Aku tentunya hanya lelaki biasa…punyai air mata
* Sajak ini telah dinukil khas buat diri ini oleh seorang teman yang memahami jatuh bangun jalan hidupku. Terima kasih teman. Keihklasan dan kejujuranmu amat sekali aku hargai.
Riwayat wirakelana
10:52 AM

Thursday, May 05, 2005
secubit rasa
Secubit Rasa
Tuhan
Engkau pertemukan aku dgn si mereka. Pertemuan yg telah diatur oleh
mu. Pertemuan yg telah tertulis dalam kitabmu. Pertemuan yg sepatutnya
membuahkan kemanisan iman. Tapi tuhan aku gagal. Aku gagal untuk menyemai benih
keimanan itu dalam diri mereka kerana aku sendiri ketandusan benih itu. Dalam
aku cuba membimbing mereka ke arahmu tuhan aku tersesat kerana aku juga perlu
dibimbing. Aku cuba menyinari hidup mereka dgn nur islam mu tapi akhirnya diriku
terbakar. Pelbagai cara telah aku usahakan demi memenuhi amanah yg telah engkau
berikan menjadi khalifah di muka bumi ini. Bukanlah mudah memikul tanggungjawab
itu tuhan.
Tuhan,
Bila ku imbas kembali jalan yg telah ku lalui, aku
sedari engkau sentiasa disisi. Ya, orang yg ku kasihi, teman yg ku hargai boleh
hilang begitu saja. Tetapi engkau tuhanku, tidak pernah meninggalkan diriku
walau seketika pun. Zalim sungguh diriku ini kerana enggan mendekati diriku
padamu tuhan. Dalam kesedaran aku masih khayal, dalam jaga aku masih lalai. Aku
sering mempersoalkan persoalan yg menyoal. Tapi siapalah aku tuhan? Berhak kah
aku mempersoal akan ketentuanmu.. Aku hanya hambamu yg hina lagi lemah. Engkau
selalu berikan segala yg terbaik buat hambanya. Namun aku sering kufur dan
menzalimi diriku sendiri. Tidak layak rasanya hambamu menerima kasihmu yg
mengatasi segalanya.
Ya allah, segalanya berlaku dgn kehendakmu,
hambamu bermohon akan keredhaanmu agar diriku terpimpin ke jalan yg lurus, jalan
siratulmustaqim. Beronak sungguh jalan yg ku lalui. Ditambah dgn kemelut emosi.
Limpahilah diriku akan ketenangan agar diriku redha dgn ketentuaan mu Illahi.
Ya allah yg maha mengetahui, berilah aku kekuatan untuk menempuhi segala
halangan yg kau berikan. Ya allah berilah aku keyakinan agar dapat aku beriman
akan qada’ dan qadar mu. Agar dapat aku redha dgn ketentuanmu.
* at times we asked ourselves why do we have to meet certain people who do us no good. They simply there to make things harder and worst. But again, we tend to forget that our life have been pathed out as such and they are wonders and miracles beneath those mishaps... Life is just so beautiful...
Riwayat wirakelana
5:35 PM
