Cinta memang indah dirasa Segala janji diucap, seiya sekata Setiap langkah diorak bersama Sehari tak berjumpa, beribu tahun rasanya Segalanya ‘kan dipertaruhkan, demi kebahagiaan bersama Begitulah sumpah setia, janji orang bercinta
Setelah hampir sedekad kita bersama Kau undurkan diri tiba-tiba ‘sekali air bah, sekali pantai berubah’ Hanya kerana aku ditimpa musibah Kau pinta dipisah, kau menyerah kalah ‘kita merancang, Tuhan menentu segalanya Kerana keadaan memaksa, berpisahlah kita Andai takdir temukan kembali, bersamalah kita’ Begitu mudah kau definisikan cinta
Segala impian aku musnah Fitrah dunia, aku gelisah ‘mandi tak basah, tidur tak lena’ Aku kecewa kau berdusta Memang kita merancang, Dia tentukan segalanya Tapi apakah kau lupa Perancangan perlu disusuli dengan usaha Tanpa usaha tak kan sampai ke mana Lupakah dikau pada 3B kita Bersabar, Berusaha dan Berdoa Insya-Allah pasti Berjaya
Buat insan yang bercinta Ingatlah, andai kita di persimpangan Janganlah mudah mengaku kalah Cinta yang sejati tak harus mudah goyah Kata orang ‘ada hikmah di sebalik musibah’ Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua kembali’- (Al-Anbiya: 35) Begitu kerdil rasanya diri ini Tiada cinta lebih sejati dari cinta Illahi
*bukan step mat jiwang beb.. Cuma lepaskan "prust" jer...
Riwayat wirakelana 5:42 PM
WiRakeLanA iBni pUtRaAndiKa...
ingin menjadi seorang wira dalam berkelana di kehidupan ini...
dalam erti singkat ingin menjadi seorang insan yang berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi...
adalah pegawai dalam kerajaan, dah masuk "suku abad",
very sensitif and emotional at times, tak suka marah marah,
man of peace...
PrInsIp HiDupKu...
3b'S= Bersabar, Berusaha dan Berdoa pasti Berjaya...
Andai sebaliknya terjadi, itulah namanya Qada'dan Qadar.
Redha dan ikhlas menerima ketentuanNya... .
close to the nature, merenung bukan termenung, menyendiri,
gemar sekali tidur, luv to hang out wif my buddies,
"mengukur jalan" kaki merayap lar, BROWNIES and chocolate,
kesusasteraan melayu, luv clothings with stripes and khakis colour...
pple who do not know how to appreciate friendship,take things for granted
sanggup menjatuhkan org lain demi kepentingan sendiri, hypokrit
dependant on others
bla bla bla...