Tuesday, August 30, 2005
Lidah terbelit
Semakin Rumit lidah terbelitBiar tersepit batin menjerit, kisah terungkit perasaan digigit, hati perit ditelan pahit, tubuh sakit sesak dihimpit, sebak sengit semangat dibangkit... Meningkatkan tauhid, mengidamkan syahid... semakin rumit...
*
sms from naurah...
Riwayat wirakelana
10:42 AM

Monday, August 29, 2005
Nurkasih
NURKASIH
Teman,
andai dapat ku baca dan selidiki seni hatimu, mungkin aku akan mengerti apa yang kau lalui. Mungkin aku akan memahami isi hati. Mungkin aku dapat ringankan masalah yang membebani. Tapi aku juga insan manusiawi, yang masih tercari-cari erti hakiki. Namun apa jua kemungkinan, aku pasti tuhan akan sentiasa bersamamu disisi. Memimpin, mendidik, membantu. Kerana itu semua bukan tugasku. Hanya tuhan yang Maha Tahu. Hanya tuhan yang mampu. Aku hanya duduk termanggu, mengharapkan belasNya sepertimu...
Tuhan,
jangan dibebankan diri ini dengan nikmat yang Engkau berikan. Jangan lalaikan diri ini dengan kelebihan yang Engkau anugerahkan. Berat sungguh amanah yang kau berikan. Berilah aku dan sahabatku pedoman dariMu. Bantulah aku agar aku dapat bantu mereka yang memerlukan. Bantulah sahabatku. Dia perlukan pimpinanMu. Dia dambakan kasih sayangMu. Dia inginkan ketenangan. Dia perlukan segala yang aku perlukan. Andai aku tidak layak bantu mereka, Engkau sajalah mendidik mereka Tuhan. Kerana aku juga seperti mereka. Dahagakan NurkasihMu..
Tuhan,
walau temanku tiada disisi buat masa ini, Engkau sentiasa bersamaku setiap masa dan detik. Engkau tidak pernah meninggalkan aku hingga aku tidak kenal akan erti rindu terhadapMu. Lembutkanlah hati kami ini Tuhan. Siramilah hati kami dengan airmata kehambaan. Sinarilah ia dengan Nurkeimanan. Engkau celikan mata kami yang sering rabun akan nikmatMu tuhan. Engkau petahkan lidah kami berzikir memanjat kesyukuran terhadapMu. Jangan persiakan rintihan kami tuhan. Hanya Engkau yang maha Mendengar...
Andai kami terluka dengan duri kehidupan, engkau balutilah dengan kasihMu. Andai kami hilang arah tujuan, engkau pimpinlah ke pangkal jalan, andai kami kehilangan, engkau kembalikan keyakinan...
*
Alangkah sukar mencangkul karun bahagia yang tertimbus dek tanah derita. Di kala pintu langit terbuka, ada yang Maha, mendengar syahdunya rintihan hati, lemahnya jiwa berserah. Mengasihanimu infiniti sifatnya... kekadang Allah hilangkan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Puas kita menangis mencari kemana matahari. Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi...
Riwayat wirakelana
4:14 PM

Tuesday, August 23, 2005
Kawan Lawan
KAWANKawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan
Kadang kadang lawan jadi kawan
Kadang kadang kawan jadi lawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan
Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya dalam papa
Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan
* Hijjaz : Album Untukmu sahabat
Riwayat wirakelana
10:44 PM

Monday, August 22, 2005
Pertengkaran Kecil
Pertengkaran KecilSedih bila ku ingat tengkaran itu
Membuat jarak antara kita
Resah tiada menentu hilang canda tawamu
Tak ingin aku begini tak ingin begini
Sobat rangkaian masa yang telah terlewat
Buat batinku menangis
Mungkin kerana egoku mungkin kerana egomu
Maaf aku buat begini maaf aku buat begini
Bila ingat kembali janji persahabatan kita
Tak kan mau berpisah kerana ini
Pertengkaran kecil kelmarin cukup jadi lembaran hikmah
Kerana aku ingin tetap sahabatmu
*
Edoustic-Album untukmu sahabat
Riwayat wirakelana
7:54 PM

Saturday, August 13, 2005
Aduhai teman
Aduhai TemanWahai teman amat ku hargai
Biarlah aku luahkan isi hati
Andai dulu kita selalu disisi
Mengapa kini saling membenci?
Aku berduka engkau kecewa
Kita berubah entah mengapa
Saling menuduh buruk prasangka
Mengapa terjadi demikian rupa?
Aku insan tiada sempurna
Punyai kecacatan kurang sifatnya
Bukan simpati selama ini ku pinta
Hanya persefahaman diantara kita.
Andai demikian budi bicara
Tiada apa perlu ku perkata
Apa guna terus sengketa
Mengapa perlu bermasam muka?
Walau pahit ku tetap telan
Walau perit ku terus tahan
Aku sedar kehendak tuhan
Setiap yg hidup tiada berkekalan
Andai begini jalan kehidupan
Tiada apa perlu ku persoalakn
Moga berjaya aku ucapkan
Moga bahgia aku doakan
Biarlah aku pergi menyendiri
Membawa bersama luka dihati
Bukan niat membawa diri
Hanya ingin mencari erti
Riwayat wirakelana
4:24 PM

Saturday, August 06, 2005
Warkah Teman
Warkah dari Teman" perasan tak if we actually sit n memperhalusi perjalanan hidup ini, dalam derusan hujan air mata, tersenyum jua kita bukan..... dalam tercabarnya emosi penuh debaran, tenang jua kita bukan.... pabila DIINGATKAN, DIILHAMKAN RASA, DIBERI RAHMATNYA UNTUK MENILAI betapa baiknya Tuhan, betapa permurahnya, betapa prihatinnya, betapa hampirnya Dia dengan kita di sebalik segala all atrocious facts of life. after all, apa sahaja yang disendukan dirintihkan... didengarNya dengan penuh 'caring' and most compassionate.
i feel that kesedihan shud be shared dan bukan sekadar aku mementingkan diri sendiri. tapi adakalanya, sampai sekarang masih kekadang i keep my kesedihan bukan kerana tak percaya, tapi selagi ada kekuatan dalaman yang ingin dibongkar, yang ingin diselusuri, selagi itu juga aku cuba memintaNya menyuluhkan jalan keluar. di situlah struggle.
seketika ini kita bertemu, suatu hari pasti kita terpisah kerana pangalaman mengajar kita bahawa tiada suatu apa pun yang kekal. namun jika bertemu dan berpisah demi mengejar redhaNya, moga ia menjadi ibadah di sisinya.......meskipun setiap hari yang kita lalui, banyak lalainya, banyak cuainya. after all, it is the journey that we have shared walaupun hanya sementara.
Sometimes we find ourselves being aimless wanderers; as though we don't know exactly what we want.But do remember that not all who wander are aimless.Especially not those who seek truth beyond tradition;beyond recognition...... "*terima kasih wahai teman diatas peringatan dan perhatian yg diberikan. Akan aku semat di jendela hati...
Riwayat wirakelana
11:48 AM
