Saturday, October 29, 2005
Syawal
Syawal, Lebaran, Aidilfitri,
Gelaran yg diberikan menandakan tamat sudah sebulan berpuasa. Ramadhan berlalu menandakan kejayaan insan memenuhi tuntutan agama. Patuh pada arahan tuhan. Menahan lapar, dahaga dan segala macam nafsu dari terbit matahari hingga terbenam sang suria.
Kemunculan syawal seringkali disambut meriah. Hari dimana setiap anggota keluarga akan berkumpul. Yang muda akan cari yang tua. Pertalian silaturrahim dipereratkan semula. Saling kunjung mengunjung dan bermaaf-maafan. Pelbagai juadah tersedia dijamu bersama. Pakaian diseragam indah, rumah dihias megah. Itulah pengertian hari raya untuk sebesar golongan kita.
Tapi apakah pengertian syawal buat mereka yang tidak berkeluarga dan kehilangan yg tercinta? Apakah ia tetap semeriah yg kita raikan? Isteri kehilangan suami,anak kematian ibu, mereka yg sebatang kara, pada siapakah mereka akan menjamu bersama? Bersama siapa mereka menumpang bahagia?
Kedatangan syawal tidak selalu mengukirkan senyuman di setiap wajah. Tapi yg pasti kedatangan syawal membawa kesyahduan buat diriku. Setiap kali takbir bergema, satu demi satu, babak demi babak dari peristiwa silam akan terpacul dan bermain dalam kotak mindaku. Syawal terlalu berat dan besar sangat pergertiannya buat diriku hingga aku lebih suka memencilkan diri. Rentetan dalam hidup ku telah membuat diriku sedemikian.
Namun aku masih berharap. Moga sinar ramadhan yg berlalu pergi akan meninggalkan kesan dalam diri ini dan dari sinar itu benih kebahagiaan yg tersemat dalam akan mula berputik dan terus bermekar indah. Agar dapat dicantas hasilnya esok hari. Moga kedatangan syawal memberiku semangat yang baru...
Teman, rakan, sahabat dan semua insan yg aku kenali,
Sempena dibulan yg penuh pengampunan dan barokah ini, ingin sekali ku menyusun jari, memohon ampun dan maaf zahir dan batin. Andai terkasar bahasa, secara sengaja atau tidak, andai ter'cubit' hingga lebam, andai termakan coklat and jajan korang, andai ter'gossip' pada sesiapa ah dan apa apa yg sewaktu dgnnya... Aku memohon beribu-ribu ampun dan maaf.... Maaf zahir batin yer... n kalo senang tuh sudi ah mampir ke rumah...
Riwayat wirakelana
1:04 PM
