Thursday, November 10, 2005
Warkah KasihIngin sekali dirimu ku hampiri, namun keadaan seringkali menghalangi, kerana janji telah dipatri, mana mungkin aku mungkiri, ingin pula mengundurkan diri, namun hatiku telah dicuri, ingin langkah ku orak pergi namun kaki ku pula telah terkunci. Memang benar cinta perlu dicari, tapi tidak semua pencarian diakhiri dengan pertemuan. Memang benar cinta perlu diberi tapi tidak semua pemberian akan diterima. Manakan bunga yg mencari kumbang, Takkan perigi mencari timba namun andai segalanya telah disuratkan tiada yg mustahil, tiada yg dipelikkan.
Andai dulu niat berteman, kini hasrat ingin memiliki. Andai dulu tiada ku endahkan, kini perasaan menaruh hati. Andai dulu aku kesangsian, kini segalanya begitu pasti. Andai dulu sering bersendirian, kini ingin aku berkongsi.
Walau payah bagiku meluahkan, ku yakinkan diri dalam kesangsian. Walau sukar bagiku melafazkan, ketulusan hatimu memberikan ketenangan. Walau diriku serba kekurangan, dikau terima penuh keiklhasan. Hingga terjalin suatu ikatan, terikat sudah sebuah perjanjian, moga ia terus berkekalan, moga impian kita dikabulkan.
Terima kasih diatas sebuah keikhlasan.
* hehehehehe.... jiwang feeling abis eh. Ok ok ah....
Riwayat wirakelana
8:21 PM
