Friday, December 16, 2005
Meniti retak (updated version) Aku hanya pinta sepotong hati
Yang iklas menyintai diri ini
Tapi takdir Illahi mengatasi
Jodohku dambakan masih belum temui
Pergilah dikau wahai kekasih
Pergi jauh diriku disisih
Namun cinta padamu masih
Akan ku pujuk hatiku merintih
Antara kita dua dunia berbeza
Namun hati berdenyut senada
Apakah kita akan bersama
Walau kemungkinannya amat ketara
Bukan aku tidak punya rasa
Aku juga punyai cita
Kerana keadaan seringkali memaksa
Cuba ku lafazkan tiada berkata
Hati ini sering tertanya
Adakah cinta antara kita
Walau ku tahu akan jawapanya
Hanya ku mampu memendam rasa
Apakah dia yang ku kasihi
Apakah aku yang dia cintai
Hingga kini tiada yg pasti
Mungkin kita belum saling mengerti
Apakah ini dinamakan cinta
Atau sekadar dongengan belaka
Mengapa aku sering rasa terluka
Bukankah cinta indah rasanya
Mungkin aku masih lalai terlena
Dibuai mimpi khayalan ku sendiri
Cuba ku bina istana bahagia
Apakah ia sekadar illusi?
*some of my jiwang retak belah beribu collection... cukup ah eh takmu banyak2 sangat nanti meleleh pulak air mata....
Riwayat wirakelana
9:32 PM

Hati merintih (updated version)
Bagai bergantung tidak bertali, Harapan hilang tidak bersandar
Ingin keadaan ku pulih kembali, Tapi mengapa jalanku sering tersasar
Bagai mentari diselubungi awan, Gerhana hari samar kelihatan
Puas sudah ku toleh kiri & kanan, Arah kemana harus ku jalan
Ke kiri tidak ke kanan bukan, Belakang mustahil hanya ke depan
Hala tujuan tiada kepastian, Mengapa dibiar dalam keraguan
Lemah sungguh rasa diri, Ke mana arah harus ku tujui
Mengapa masih diulit sangsi, Keraguan meragukan menyangsikan hati
Aku tersesat kehilangan jalan, Aku tersepit diantara keadaan
Andai henti aku terbeban, Andai lari aku kelemasan
Aku bukanlah ibarat si lilin, Usahlah dibandingkan si pelangi berseri
Tidak sanggup bergelar pemangkin, Hanya punyai impian tinggi
Ingin sekali ku ukirkan senyuman, Namun hatiku diulit keresahan
Cuba ku tertawa keriangan, Namun kedengaran hanya isak tangisan
Aku rindukan kasihmu Tuhan, Aku dambakan perhatianmu Illahi
Janganlah aku Engkau sisihkan, Usah diriku engkau murkai
Bingung tak terperi, Kecewa lelah dirasai
Tabah tetap harungi, Berteman Iman disisi
Biarlah keinsafan yang menyelinap di hati itu lahir dengan fitrah yang murni. Biarlah kesedaran yang timbul atas dasar insani. Biarlah jalan hidup walau jauh, mendapat keredhaan dariMU. Kami hanya mampu merayu dan merintih saja. Engkau yang maha berkuasa mengubah segalanya walau apa jua jalan cerita hambamu tempohi... Engkau yang maha mengetahui.
* andai jiwa kami bergelora dek dugaan yang Dikau berikan, anugerahkan kami ketenangan agar jiwa ini dapat merasai kemanisan disebalik kepahitan, kejayaan dalam kegagalan dan kebahagiaan dalam penderitaan...
Riwayat wirakelana
9:07 PM

Tuesday, December 06, 2005
Sekeping Hati Menyanyi SyahduTuhan, aku tidak segagah dan setabah hamba pilihanmu. Andai cubaan ini engkau yg berikan dengan penuh rahmat, maka berilah aku keyakinan dan kekuatan. Jangan dibiarkan kesangsian menyelinap di sanubari. Lenyapkan segala keraguan dihati. Jangan dibiarkan kami terlonglai layu mengalah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Gelintar mencari penawar namun ketemuan belum sudah. Tuhan, aku bertanya kepadaMu, apakah rahsia hikmah ini semua? Apakah airmata dan pergolakan emosi kami yg kau kehendaki dari kami sebagai syafaat kecil pada kemudian hari?
Wahai tuhan yg maha pemurah, titipkan kesabaran dan keteguhan hati nabi ayub yg ditimpa penyakit, menular ke dalam hati kami, agar kesakitan yg kami rasai bersama dapat dinikmati walau hakikatnya dideritai. Tunjukkan kami ke jalan kebenaran disisiMu.
Andai keluarga belum mampu membahagiakan, andai sahabat belum mampu menenangkan, 'kan ku cuba menghayati indahnya sepi, ' kan ku cuba hargai keperihatinan Illahi...
* kehidupan penuh misteri...
Riwayat wirakelana
2:24 PM
