Friday, December 16, 2005
Meniti retak (updated version) Aku hanya pinta sepotong hati
Yang iklas menyintai diri ini
Tapi takdir Illahi mengatasi
Jodohku dambakan masih belum temui
Pergilah dikau wahai kekasih
Pergi jauh diriku disisih
Namun cinta padamu masih
Akan ku pujuk hatiku merintih
Antara kita dua dunia berbeza
Namun hati berdenyut senada
Apakah kita akan bersama
Walau kemungkinannya amat ketara
Bukan aku tidak punya rasa
Aku juga punyai cita
Kerana keadaan seringkali memaksa
Cuba ku lafazkan tiada berkata
Hati ini sering tertanya
Adakah cinta antara kita
Walau ku tahu akan jawapanya
Hanya ku mampu memendam rasa
Apakah dia yang ku kasihi
Apakah aku yang dia cintai
Hingga kini tiada yg pasti
Mungkin kita belum saling mengerti
Apakah ini dinamakan cinta
Atau sekadar dongengan belaka
Mengapa aku sering rasa terluka
Bukankah cinta indah rasanya
Mungkin aku masih lalai terlena
Dibuai mimpi khayalan ku sendiri
Cuba ku bina istana bahagia
Apakah ia sekadar illusi?
*some of my jiwang retak belah beribu collection... cukup ah eh takmu banyak2 sangat nanti meleleh pulak air mata....
Riwayat wirakelana
9:32 PM
