Wahai insan berhati murni, DIA maha tahu maha mengerti maha mengasihani, walaupun DIA seolah-olah membiarkanmu dilambung tinggi, di tengah lautan tidak bertepi, hingga saat ini mendamba kasihmenghitung hari, mengharap belaian ibu sendiri, bak pengemis pada malam hari, hingga maruah dan harga diri, terasa bagai terlalu murah sekali, diguris terhakis tercabar teruji, oleh insan yang disanjungi sepenuh hati...
Wahai insan engkaulah teman, insan yang membuatku akrab dengan erti doa dan rintihan, setiap gejolak rasa meniti persahabatan, hatiku resah bimbang tidak berhaluan, kerana nasibmu membuatku sentiasa ternanti-nanti kepastian sebuah keterbelaan, tidak termampu menahan perasaan, bilakah air mata yang berhamburan terus-terusan, bukan lagi dari jiwa yang menderita dipersiakan...
Wahai teman kekasih Illahi, kasih ayah ibu fitrah insani, andai itu tidak kau perolehi, yakinilah tuhan sumber cinta suci lagi sejati, DIA menghendaki ini semua terjadi, kerana DIA mahu kau merasai, kau mampu berdiri tanpa kasih mereka yang terlalu kerdil dan kecil nisbi, DIA hadir bersama cinta tak kunjung padam, merinduiMU menemaniMu menyayangiMU tanpa muak dan jemu, bahkan lebih dari kasih ayah ibuyang tidak menghargai...
Episod kehidupanmu yang penuh babak sengsara adegan derita, diolah sebegitu rupa, kerana DIA mahu engkau menongkah rasa lain dari manusia biasa, hingga engkau dapat merasa dalam jiwa, indahnya bergantung hidup sepenuhnya dengan DIA, di hati tiada lagi harapan kepada manusia, di hati tiada kasih selain DIA, seluruhnyaberharap belas kasih dari DIA, kerana segalanya milik DIA...
* nukilan srikandi berkisarkan tentang rintihan hati seorg insan terhadap teman yg sering kali terjatuh dek ujian kehidupan. yg ditagih adalah kasih sayang ibu bapa, yg di damba keharmonian berkeluarga namun yg diterima hanyalah hinaan dan cercaan sahaja. insan cuma menghampiri teman dgn memberikan kekata semangat dan peransang agar dapat melihat si teman meneruskan kehidupan dgn penuh keyakinan dan satu pengharapan...
Riwayat wirakelana 8:37 PM
WiRakeLanA iBni pUtRaAndiKa...
ingin menjadi seorang wira dalam berkelana di kehidupan ini...
dalam erti singkat ingin menjadi seorang insan yang berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi...
adalah pegawai dalam kerajaan, dah masuk "suku abad",
very sensitif and emotional at times, tak suka marah marah,
man of peace...
PrInsIp HiDupKu...
3b'S= Bersabar, Berusaha dan Berdoa pasti Berjaya...
Andai sebaliknya terjadi, itulah namanya Qada'dan Qadar.
Redha dan ikhlas menerima ketentuanNya... .
close to the nature, merenung bukan termenung, menyendiri,
gemar sekali tidur, luv to hang out wif my buddies,
"mengukur jalan" kaki merayap lar, BROWNIES and chocolate,
kesusasteraan melayu, luv clothings with stripes and khakis colour...
pple who do not know how to appreciate friendship,take things for granted
sanggup menjatuhkan org lain demi kepentingan sendiri, hypokrit
dependant on others
bla bla bla...