Thursday, June 01, 2006
Hati ini merayuWahai teman janganlah sangsi, kekayaanmu bukan daripada yang kau miliki, tetapi apa yang terbenam di hati, tatkala sensitif mengadu pada Illahi, walaupun kesejahteraan keluarga belum diperolehi, doa dan harapan yang hampir patah hati, rupanya lebih bererti, sekeping hati yang menghambakan diri, walau tak mampu tapi tetap merelai, walau dicuba berkali tetap gagahi....
Ya Allah ya tuhanku, kami hambamu yang tiada sempurna, seringkali melakukan kesilapan. Jadikanlah kesilapan ini sebagai pengajaran buat diri kami. Jangan pula biarkan kesilapan itu menghukum kami. Berikan kami kekuatan dan ketabahan dan bantulah sempurnakan diriku yang serba kekurangan. Betapa kami tiada siapa kecualiMu untuk bersandar dan bergantung harapan. Mereka insan yang takkan pernah mengerti tetapi Engkau mengetahui meskipun, aku tidak mengadu lagi kerana rajuk dihati. Kau mengetahui, hanya kau yang bisa menyelami naluri yang terluka sedalam ini, hanya kau yang mengasihi dan mengasihani. Tuhanku, iringi daku dalam kesedihan ini. Hanya engkau kami bergantung. Dengan izinmu ya allah hamba bermohon bantulah kami....
Walau apa pun jangan dibiarkan kami hambamu dalam kehinaan yang menghina. Engkaulah yang maha mendengar, sudilah dengar rintihan ini. Engkaulah yang maha pengasih, kasihanilah kami hamba yang lemah, Segalanya berlaku dalam pengetahuanMu. Engkau maha mengetahui apa yang kami tidak tahu. PengadilanMu berjalan terus. Lindungilah kami darii azabMu di dunia dan akhirat...
Tuhan, yakinkanlah hatiku, hatinya, hati mereka setiap kali aku, dia dan mereka dilibas dengan kesusahan dan pancaroba. Yakinkanlah hati kami bahawa Kau bersama kami dalam setiap langkah yang diorak. Yakinkanlah kami bahawa Kau di sisi, menemani, menyaksi setiap butiran air mata yang gugur. Yakinkanlah hati kami bahawa Kau menguji kami gar kami beroleh kedekatan dengan Mu. Kami tak punyai apa yang lain kerana segalanya milikMu. Hanya sebuah keyakinan yang kami harapkan, Hanya sebuah pembelaan yang kami dambakan... Yakinkanlah hati ini...
Riwayat wirakelana
10:59 AM
