Thursday, June 01, 2006
Rampaian KasihAndai benar aku tidak mengerti, mungkin saja aku salah erti, atau mungkin ku tak memahami, membiarkan ego menguasai diri, harap maafkan diriku ini, tidak sanggup ku berjauhan begini, tidak ingin ku sedingin begini, tidak mahu dimatikan diri.
Jangan sekali diriku dislah erti, kasihku padamu tiada berbelah bagi, usah sekali diriku disangsi, ketulusan ku ikhlas tiada terperi. Bukan niat aku menyakiti, apa lagi ingin melukai, dikau insan amat ku kasihi, mana mungkin aku membenci. Wahai kasih engkaulah permata, memberi sinar pada diri yang dulu derita, tiada pernah dirimu ku cela, hadirmu memberi ku cahaya dalam gelita.
Ya allah yang maha mengetahui, hanya padaMu kami berserah. Andai benar dia jodohku, engkau peliharalah perhubungan ini, hingga terbina mahligai indah, hingga ajal yang memisahkan kita. Hindarkan kami dari rasa benci atau jemu. Timbulkan rasa kasih mengasihi antara kami. Jauhkan kami dari segala pertelingkahan. Lembutkan dan sejukanlah hati kami ini. Kami hanya hambaMu yang daif. Didiklah kami akan erti sebenar cinta dan kasih....
*tarchin kan... isk isk isk.... kalo da in lup cuka pun rasa madu eh...
Riwayat wirakelana
10:59 AM
