Sunday, December 24, 2006
aku bukanlah insan yang sempurna
cinta ku beri sekadar adanya
kerana aku dikau terluka
mungkinkah nanti kita hidup bahagia?
sudah kebiasaan suaraku meninggi
bukan bererti aku membenci
aku sedar kedaifan ku ini
tiada niat dirimu ku kasari
bukan niat dirimu dikecuali
bukan niat dirimu ditolak tepi
tapi cubalah diriku difahami
sudah fitrah aku sebegini
andai dapat hatiku kau selami
andai dapat rasaku kau dalami
pasti dikau akan mengerti
betapa dirimu ku kasihi dan hargai
kasihku padamu teramat jujur
tiada sekali dirimu ku persia
jangan disangsi hatiku yang luhur
janganlah diriku disalah sangka
wahai tuhan yang maha mengetahui
lenyapkanlah kesangisan di hati ku ini
hadirkan keyakinan terhadapMu Illahi
hingga terasa zatMu disisi
janganlah sekali dibiarkan ku sendiri
pimpin dan didiklah kami insan membelakangi
moga kudrat irahahMu kami perolehi
hingga menjadi insan patuh mentaati...
(*belum edit....)
Riwayat wirakelana
11:52 PM
